PERNAFASAN MENGAKTIFKAN AURA
Dalam yoga, pernafasan bulan dinamakan Ida dan pernafasan
matahari dinamakan Pinggala. Keseimbangan kedua-dua ini dinamakan Susumna.
Tenaga mempunyai dua kutub iaitu positif dan negatif, lelaki dan wanita,
matahari dan bulan. Teknik bernafas ini dengan cepat memberi tenaga pada aura
dan menseimbangkan kutub badan. Ia juga meningkatkan kemampuan kita untuk
mengingat dan mengasimilasikan maklumat. Ia menyeimbangkan hemisfera otak. Ia
boleh digunakan sebelum belajar untuk memendekkan masa belajar. Ia juga boleh
digunakan untuk membangkitkan kita. Pada dasarnya, teknik ini terbahagi kepada
cara pernafasan, bernafas masuk melalui satu lubang dan menghembusnya keluar
pada satu lubang hidung yang lain. Tumpukan pada hujung hidung. Caranya dengan
memegang hidung dengan ibu jari dan jejari.
1. Mulakan dengan ibu jari kanan dan jejari atas hidung dan
hembuskan nafas. Tempatkan lidah anda pada lelangit pada belakang gigi hadapan.
2. Gunakan ibu jari dan tutupkan lubang hidung sebelah
kanan. Kemudian sedut nafas melalui lubang hidung sebelah kiri dengan mengira
satu sampai empat.
3. Dengan menutup lubang hidung sebelah kanan, kepitkan
jejari anda pada lubang hidung sebelah kiri. Tahan nafas dan bilang 1 sehingga
16. (Sekiranya anda tidak pernah melakukan mana-mana latihan pernafasan, kiraan
16 adalah terlalu lama buat anda. Dalam kes ini kurangkan kiraan atau pun kira
dengan cepat. Dengan latihan yang tekun, anda akan dapat meningkatkan kemampuan
untuk menahan nafas dalam jangkamasa yang cukup lama.)
4. Lepaskan ibu jari anda, buka lubang hidung sebelah kanan.
Tutup lubang hidung sebelah kiri. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui lubang
hidung sebelah kanan dengan kiraan lapan.
5. Lepaskan hidung, naikkan tangan kiri dan dengan ibu jari,
tutupkan lubang hidung sebelah kiri. Hirup nafas melalui lubang hidung sebelah
kanan dengan kiraan 4 dan kemudian kepitkan jejari anda untuk menutup lubang
hidung sebelah kanan. Tahan nafasdengan kiraan 16.
6. Lepaskan ibu jari dan lubang hidung sebelah kiri. Terus
kepitkan lubang hidung sebelah kanan. Hembuskan pada kiraan 8 dengan
perlahan-lahan melalui lubang hidung sebelah kiri.
7. Ulang dengan 4 atau 5 pernafasan. Bernafas dengan satu
lubang hidung, tahan dan hembus keluar pada lubang hidung yang sebelah lagi.
Tukar pula pernafasan melalui lubang hidung yang berlainan. Ini dapat melegakan
badan kita dan melegakan aura kita dengan mendapat tenaga yang cepat, walau pun
ini merupakan pernafasan asas. Kaedah ini juga dapat membangkit aura yang
terpendam. Kurang jelas? Hubungi kami.
MEMBERSIHKAN MEDAN AURA
Latihan ini adalah untuk membersihkan medan aura. Latihan
ini sesuai untuk diamalkan pada penghujung hari, terutamanya selepas waktu anda
telah menjumpai ramai orang. Ia menolong membersihkan serpihan tenaga,
menghalang daripada ia menghasilkan satu ketidakseimbangan. Ia cuma mengambil
masa lebih kurang 5 minit untuk menjadi berkesan.
1. Duduk dan amalkan posisi rehat. Jalankan teknik
pernafasan. Anda juga boleh gunakan doa atau zikir. Ingatlah bahawa latihan ini
adalah sebagai garis panduan dan anda seharusnya boleh mempelajarinya untuk
menyesuaikannya dengan tenaga anda.
2. Kira-kira 20 kaki di atas anda, dalam fikiran anda,
saksikan satu putaran api putih kristal mula membentuk. Ia kelihatan kecil,
jadi bayangkan yang ia membesar untuk memasuki medan aura anda. Hujung api yang
runcing itu perlu mampu untuk memasuki mahkota kepala anda dan terus memasuki
tengah badan anda (Nadi Tengah).
3. Putaran api rohani ini sepatutnya berputar dan memusing
arah jam. Bila putaran api itu menyentuh aura anda, lihatlah bagaimana ia
menyedut dan membakar semua tenaga yang tersisa yang kita telah gunakan.
4. Lihat, rasa dan bayangkan putaran api itu masuk ke dalam
aura dan badan anda. Anda perlu yakin yang ia menyapu semua medan tenaga anda.
5. Apabila ia bergerak dalam badan anda, benarkan tenaga itu
keluar melalui kaki anda dan terus masuk ke dalam bumi.
No comments:
Post a Comment