Sunday 15 November 2015

Mustika

Yang digolongkan sebagai mustika, adalah benda yang sarat dengan muatan ghaib. Benda dan unsur ghaibnya asli dan alami dan fiziknya tidak boleh diasah, diubah atau dimodifikasi bentuknya, karena bila itu dilakukan maka  keghaiban dari benda itu akan hilang atau luntur.Ataupun hilang kekuatan ghaibnya.

Sebuah batu mustika, misalnya batu anti cukur, tidak boleh diasah untuk diperkecil bentuknya dan tidak boleh digosok walaupun dimaksudkan  untuk membuatnya lebih mengkilat. Bila itu dilakukan, dikhawatirkan tuah batu anti cukur itu menjadi luntur (tidak anti cukur lagi).

Yang tergolong sebagai  mustika  adalah benda-benda yang dapat diketahui nilai keghaibannya (walaupun seringkali hanya boleh mengetahui secara kebatinan), keghaibannya kuat, bentuknya terbentuk asli dari alam, bukan dibentuk oleh manusia, dan isi ghaibnya asli dari mustikanya, bukan ghaib gantian atau "isian". Benda-benda mustika ini ada yang ditemukan di alam nyata manusia, tetapi lebih banyak yang diperoleh dari alam ghaib (melalui penarikan ghaib.Akan diajarkan penarikan ghaib)

Mustika yang terbaik kuasa keghaibannya adalah yang diperoleh dari alam ghaib, yang hasil penarikan ghaibnya sempurna. Tetapi ada juga mustika dari alam ghaib ini yang diperoleh tanpa disengaja, misalnya ada mustika yang datang sendiri atau menampakkan diri kepada seseorang untuk diambilnya, karena merasa serasi atau ia ingin mengikut kepada seseorang.

Mustika adalah benda-benda yang sarat dengan tenaga ghaib, karena itu benda-benda mustika lebih banyak berada di alam ghaib daripada di alam nyata manusia. Umumnya khodam dan energynya menyatu dengan bendanya, sehingga sebuah mustika akan terasa sekali dipegang di tangan jika sengaja dirasakan dan tuahnya lebih kuat terasa daripada tuah benda-benda alami lain. Itu berbeza dengan batu akik yang walaupun batunya juga berkhodam, biasanya kekuatan energynya tidak begitu terasa dan tuahnya tidak lebih baik daripada sebuah mustika.

Jadi bukan semudahnya mustika dijual di facebook atau di blog yang mengakui ianya adalah penarikan ghaib.
Oleh sebab itu perlu berhati -hati dan memahami antara energy batu akik yg di isi dengan mustika dari alam ghaib sepenuhnya.

Seperkara lagi cara dapat nya mustika tersebut dari alam ghaib amatlah sukar dan bukan sebarang orang boleh memilikinya dan mengakui mustika tersebut datang kepadanya.Cuba kita fikirkan jika sebegitu langka mustika masakan ramai yang mahu menjual mustika tersebut.Cuba fikirkan.yang ada banyaknya hanyalah batu isian yang diakui sebagai mustika.


No comments:

Post a Comment