Thursday 8 October 2015

Alami dan pengisian..



Mustika adalah benda-benda yang mempunyai penuh tenaga ghaib kerana ianya adalah alami dan ianya banyak berada di alam ghaib daripada alam manusia yang nyata.Bukan sebarangan orang boleh  mengambilnya dari membawa dari alam ghaib ke alam manusia.Juga bukan semudah itu seperti yang banyak di tawarkan di facebook dan blog-blog yang menjual mustika.Kebanyakan nya adalah aspal(asli tapi palsu)
Kesukaran mendapatkanya membuatkan banyak dicari oleh peminat dan pengumpulnya.
Sebuah mustika yang sempurna  ciri-ciri tenaga dan keindahan nya akan dapat dirasa terus oleh pemiliknya.Sebagai contoh yang mempunyai energy keselamatan,kekuatan dan kekebalan maka keindahannya boleh ditunjukkan tanpa syarat dimana pemiliknya  tahan dari ditetak,di kelar ,rambutnya tidak putus serta tahan api tidak terbakar.Keindahan energy alami begini pada mustika yang membuatkannya berbeza dengan yang serupa di dunia.Jadilah ianya mustika kebal darurat dan sebagai nya..Kerana jika dari alam ghaib ia nya adalah umum.
Selain daripada benda ghaib berbentuk pusaka,mustika,batu-batu akik,geliga boleh juga di masukkan energy positif berupa bacaan zikir dan mantera - mantera yang mempunyai energy.
Namun ianya bergantung kepada yang mengisikannya bergantung kepada kekuatan energy pengisinya..

Ki Idrus

No comments:

Post a Comment