Wednesday 14 October 2015

Batu batuan Mistik

Sesuatu yang dipakai oleh orang setiap hari adalah batu cincin smada akik ataupun permata.Batu akik adalah jenis batu perhiasan yang tidak tergolong didalam batu permata dan nilai kekerasanya bawah daripada batu permata.Terdapat juga batu akik yang berharga tinggi bergantung kepada corak akik tersebut dan warnanya.Dan ada juga yang dianggap batu akik ini yang mempunyai kuasa ghaib ataupun tuah tertentu.Sekarang di pasaran di facebook dan blog banyak yang menjual batu akik namun terpulang kepada keunikan batu tersebut untuk harga nya.Jika diikutkan semua batu tersebut mempunyai kelebihan atau keajaiban,masakan tuan punya batu tersebut menjual barang yang baik..Cuba fikirkan..

Namunterdapat juga batu akik yang ada mempunya aura dan engaruh positif kepada siapa yang memakainya.Baik seperti pengaruh fizikal maupun psikologi.Diantranya pengasihan,keselamatan,kekuatan tubuh dan pukulan,perubatan dan ketenangan jiwa.Namun perlu diingat semuanya ini adalah hiasan semata-mata..segala kuasa hanya dari Allah.Dan ramai yang taksub terhadap perkara begini sehingga mengatakan sesuatu batu itu berkuasa,nauzubillah..yang berkuasa hanya Allah sahaja.Pemahaman begini perlu di betulkan agar tidar tersasar.
Pengertian batu akik adalah jika kita memandang batu akik itu sebagai sebuah batu cincin hiasan, yang tidak termasuk dalam kategori batu permata dan mustika. Jika kita memandangnya sebagai batu yang memberikan tuah KEGHAIBAN tertentu disebut ada khadam atau penghuni nya, maka jenis ini sering disebut sebagai batu mustika.

Kita tidak akan membincangkan sisi kandungan ghaib sisi perkhodaman dari batu akik, karena keghaibannya tidak boleh dikategorikan secara seragam, sehingga batunya perlu diperiksa dulu satu demi satu. Tetapi secara semulajadi sebuah batu dengan sendirinya sudah mengandung suatu aura energy yang bagi manusia ada yang dirasakan bermanfaat sehingga yang seperti itu disebut sebagai tuah dari sebuah batu dan batunya disebut bertuah. Bila batunya di dalamnya dihuni oleh makhluk ghaib (khadam), kewujudan ghaibnya itu akan memperkuat aura energy / tuah batunya.

Masing-masing batu secara alami mengandung hawa energy yang berpengaruh pada orang pemakainya. Batu akik yang mempunyai tuah tinggi biasanya dominan berasal dari keghaiban sesosok makhluk halus di dalam batunya (batunya tidak kosong, ada "isinya"). Banyak batu alam (batu mentah) yang ketika masih dalam keadaan asalnya di alam tidak berpenghuni Ghaib. Tetapi setelah batunya itu dipotong-potong dan diasah menjadi batu cincin kemudian batunya itu menjadi berisi makhluk halus (ada sesosok makhluk halus yang masuk menghuni batu itu).

Bersambung

Ki Idrus.

No comments:

Post a Comment