Sunday 11 October 2015

Bagaimana barang menjadi bertuah

    Kadangkala kita tak sedar bahawa semua benda dihadapan kita atau sekeliling mempunyai energy yang boleh memberi faedah kepada kita  juga mendatangkan kesan sebaliknya.Pohon ,rumah dan bangunan lain boleh dihuni oleh makhluk ghaib.Juga perabot rumah kita pun boleh menjadi rumah bagi benda2 ghaib ini yang mana diperbuat dari bahan asli seperti kayu kayan dan tumbuh tumbuhan.Dinding2 rumah dan tiang2 rumah juga selalu didiami oleh makhluk2 ghaib ini.Biasanya itu terjadi kepada rumah yang lama,bermodel klasik ataupun bangunan yang lembab dan udara nya tertutup.
   Ianya memang biasa berlaku tetapi makhluk ghaib tersebut cuma duduk diam sahaja walaupun ianya didalam tubuh binatang maupun manusia.Yang menentukan benda atau sesuatu bahan tersebut menjadi bertuah adalah sifat energy yang ada dalam nya.Inilah yang dinamakan alami.Semua benda hidup didalam dunia ini mempunyai energy.Dan dapat dirasa kan.Banyak yang mengali batu didalam tanah mengatakan mempunyai hikmah,tapi pemahaman yang sebenarnya adalah  sesuatu benda alami semua memang mempunyai energy semulajadi.Hanya yang tidak memahami akan terpengaruh dengan cerita si penjual untuk melariskan barang jualan sahaja.
    Yang penting perlu difikirkan adakah benda2 ghaib ini memberikan pengaruh tertentu kepada manusia ,jika ada energy adakah ianya negatif atau positif.Jika energy nya memberi manafaat dan kebaikan kepada sekeliling ianya dikatakan bertuah.Jika ianya tidak mempunyai energy positif ,ianya tidak memberi kesan apa2 bagi manusia ianya adalah barang biasa yang mempunyai penghuni yang ghaib. 

Ki Idrus

No comments:

Post a Comment